Sunday, 9 September 2012

Merancang dan Menyediakan Jualan

Hai semua... 
Kali ni cikgu nak kongsikan mengenai tajuk 'Membuat Barang Jualan'. 

Pernahkah kamu menjual barangan? 
Adakah barang yang kamu jual itu kamu hasilkan sendiri? 
Haa..Apa jawapan kamu? 
Tepuk dada tanya selera ok! :) 

Baiklah. 
Sekarang Cikgu nak kongsikan dengan kamu tentang cara menghasilkan barang jualan. 
Dengar baik-baik ye? Oppsss silap..mana boleh dengar kan? haha..
Baca dan ingat baru betul kan? hehehe 

Perkara yang sangat penting semasa membuat rancangan jualan ialah mengenal pasti cara menghasilkan barang dan menentukan barang jualan. Sekiranya barang yang kita jual dapat menarik hati pembeli, jualan akan meningkat.


Cara Menghasilkan Barang Jualan

Baiklah.
Cara menghasilkan barang jualan yang akan dijual adalah melalui dua cara iaitu:
  • Menghasilkan sendiri barang jualan atau;
  • Mengubah suai barang yang sedia ada. 

MENGHASILKAN SENDIRI BARANG JUALAN


1. Menternak


Boleh ternak macam-macam haiwan seperti itik, ayam, burung dan arnab.
Telur ayam dan itik ni bolehlah digunakan untuk dijual.


2. Menganyam
Menganyam ni bukannya kerja senang. Memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi. Tetapi, jika bersungguh-sungguh, hasil anyaman ni boleh jadi sangat menarik dan cantik tau. Contoh barang jualan hasil daripada anyaman ialah bakul dan tikar.


3. Menanam

Hasil tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman hiasan juga boleh dijadikan sebagai barang jualan. Hasilnya nanti boleh dijual kepada orang ramai. Dalam Tajuk Pertanian kan dah belajar cara menanam pokok hiasan dan sayuran. Jadi apa tunggu lagi, aplikasikanlah kemahiran kamu itu. Boleh dapat untung tau..hehe


4. Memasak

Akhir sekali, kamu juga boleh menggunakan kemahiran kamu dalam masak-memasak untuk menghasilkan barang jualan. Nak jual apa sahaja pun boleh. Nasi goreng, mee goreng, kuih muih? Ishhh, tak kisahlah. Asalkan kamu masak sendiri.


MENGUBAH SUAI BARANG YANG SEDIA ADA


Barang jualan juga boleh dihasilkan dengan cara mengubah suai barang yang sedia ada. Contoh barang-barang tersebut ialah:


1. Barang yang kamu hasilkan sendiri.

Contohnya: 
Ikan

Kamu boleh hasilkan:
fishball atau bebola ikan..sedapnya kalau digoreng..


dan keropok lekor...wahhh, yang ni lagi sedap!



2. Barang Yang Diperoleh Daripada Pembekal

Contohnya:

Roti
kamu boleh hasilkan:

sandwich dan juga,

roti sardin gulung.



3. Barang Kitar Semula


Boleh diubahsuai kepada:

Beg Kertas yang diperbuat daripada akhbar lama ataupun majalah-majalah.

dan juga,

bekas letak pensel daripada botol-botol atau tin terpakai. 

Menarik kan?
Selamat Mencuba.






Latihan Alatan Tangan (Reka Bentuk & Penghasilan Projek Tahun 4)

Soalan Ujian KH Tahun 5

Saturday, 8 September 2012

Tutorial Membuat Key Chain

Hai semua...

Masih ingat lagi gambar 'key chain' burung yang comel dalam tajuk pengenalan kepada jahitan asas? Hari ini, cikgu nak ajar tentang cara-cara menyediakan 'key chain' tersebut. Dah sedia? Jom kita lihat sama-sama.

Mula-mula sekali sediakan bahan seperti berikut:

  1. Kain felt yang telah di gunting menjadi bentuk seekor burung (kain felt warna oren) dan kepak (kain felt warna biru) atau warna apa-apa sahaja mengikut citarasa asalkan dua warna yang berbeza
  2. Riben (5 cm)
  3. Ring
  4. 3 jenis butang
  5. Mata
  6. Fiber

Kemudian, sediakan alatan dan bahan lain:


Langkah seterusnya:

 
 Jahitkan kepak (kain felt bewarna biru) dengan menggunakan jahitan kia, sembat susup atau jelujur halus di atas badan burung (kain felt warna oren). Jahitkan butang 4 lubang dan butang 2 lubang dengan menggunakan benang. Gamkan mata dengan menggunakan gam uhu.


 Riben digam pada badan burung dengan menggunakan gam uhu. Riben tersebut perlu di gamkan terlebih dahulu sebelum langkah menjahit dimulakan. Riben tersebut akan dipasangkan dengan ring.


 Mulakan jahitan dengan menggunakan jahitan kia. Seterusnya untuk mencantumkan kedua-dua keping badan burung tersebut dengan menggunakan jahitan insang pari yang telah kamu pelajari dalam topik jahitan Kemahiran hidup Tahun 5.


 Pastikan jahitan insang pari dijahit dengan kemas dan teliti supaya kedua-dua kepingan kain felt itu bercantum. 


 Beginilah rupa jahitan insang pari yang hampir siap. Jangan habiskan jahitan insang pari tersebut kerana kamu perlu letakkan fiber kedalam badan burung tersebut.
 
 Masukkan fiber ke dalam badan burung. Kemudian, sudahkan jahitan pada bahagian yang belum selesai dan matikan jahitan.


 Ok..
Key Chain burung ni dah pun siap...
Selamat Mencuba!


Mari Belajar Jahitan Tangan

Jahitan Kia



  1. Jahitan kia digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan. Jahitan kia lebih kukuh berbanding    sekiranya kita hendak memulakan jahitan dengan menyimpul hujung benang. 
  2. Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula
  3.  Jahitan adalah halus dan panjang pendek 
  4. Jahitan kia adalah jahitan yang seakan dengan jahitan mesin 
  5. Digunakan juga sebagai hiasan artikel.  

Jahitan Insang Pari



  1. Jahitan insang pari digunakan untuk mencantumkan dua kepingan fabrik.
  2. Salah satu jahitan hiasan pada artikel.

p/s: Jahitan tangan di atas boleh digunakan untuk membuat artikel seperti 'key chain' di bawah ini.


Haaaaa...comel kan???
Selamat Mencuba >,<

Kreativiti dan Reka Cipta

Membuat Model Meja Straw


Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Straw / Penyedut minuman
  2. Gunting
  3. Pembaris
  4. Masking Tape / Solatape
  5. Pemberat (Buku dan sebagainya)\

IKAN HIASAN T5 (Jenis Ikan Hiasan)

Pengenalan 

1. Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan.
2. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan.
3. Terdapat pelbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh kita pelihara.
4. Mari kita mengenalpasti beberapa spesies ikan hiasan tropika.

                                                                    
                                                  Angel Fish

Warna : Putih keperakan, kekuningan dan berbelang hitam
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang kecil
Saiz maksimum : 15 cm panjang



                                                  Ikan Kelisa

Warna : Keemasan, keperakan dan kemerahan
Asal : Amerika Selatan
Makanan : Haiwan yang kecil dan ikan ini jenis karnivor
Saiz maksimum : 100 cm panjang


                                                        
                                                  Ikan Emas

Warna : Keemasan, keputihan dan kemerahan
Asal : China
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 12 cm panjang



                                                  Ikan  Pelaga


Warna : Biru kehitaman dan kemerahan
Asal : Thailand dan Malaysia
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 6 cm panjang



                                                  Ikan Guppy

Warna : Keemasan, putih keperakan dan kemerahan
Asal : Trinidad
Makanan : Semua jenis makanan ikan
Saiz maksimum : 3 cm panjang

Pendokumentasian

Memasang Projek Mat Pintar (Elektrik dan Elektronik T5)

Elektrik dan Elektronik T5 (Pengenalan Kepada Komponen)

Reka Cipta dan Penghasilan Projek

Membaca Manual : Alatan untuk Membuka dan Memasang Lampu Suluh

Nota Membaca Manual

Baik Pulih dan Penyenggaraan Tahun 5

Jahitan Tahun 6

Jahitan Tahun 5

Nota Tanaman Hiasan Tahun 4

Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 06

Nota Bab 4 : Elektrik dan Elektronik (Tahun 4)

Nota Kemahiran Hidup Tahun 4 Bab 04

Pengenalan Kepada Elektrik dan Elektronik Tahun 4

Elektrik Dan Elektronik Tahun 4

Kreativiti dan Reka Cipta Tahun 4

Not A

HSP KHSR Tahun 6

K.Hidup - Tahun 6

HSP KHSR Tahun 5

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

Wednesday, 5 September 2012

HSP KHSR Tahun 4

hsp_kh_y4

Mutiara Kata

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan =)