Hai semua...
Masih ingat lagi gambar 'key chain' burung yang comel dalam tajuk pengenalan kepada jahitan asas? Hari ini, cikgu nak ajar tentang cara-cara menyediakan 'key chain' tersebut. Dah sedia? Jom kita lihat sama-sama.
Mula-mula sekali sediakan bahan seperti berikut:
- Kain felt yang telah di gunting menjadi bentuk seekor burung (kain felt warna oren) dan kepak (kain felt warna biru) atau warna apa-apa sahaja mengikut citarasa asalkan dua warna yang berbeza
- Riben (5 cm)
- Ring
- 3 jenis butang
- Mata
- Fiber
Kemudian, sediakan alatan dan bahan lain:
Langkah seterusnya:
Jahitkan kepak (kain felt bewarna biru) dengan menggunakan jahitan
kia, sembat susup atau jelujur halus di atas badan burung (kain felt
warna oren). Jahitkan butang 4 lubang dan butang 2 lubang dengan
menggunakan benang. Gamkan mata dengan menggunakan gam uhu.
Riben digam pada badan burung dengan
menggunakan gam uhu. Riben tersebut perlu di gamkan terlebih dahulu
sebelum langkah menjahit dimulakan. Riben tersebut akan dipasangkan
dengan ring.
Mulakan jahitan dengan menggunakan jahitan kia. Seterusnya untuk
mencantumkan kedua-dua keping badan burung tersebut dengan menggunakan
jahitan insang pari yang telah kamu pelajari dalam topik jahitan
Kemahiran hidup Tahun 5.
Pastikan jahitan insang pari dijahit dengan kemas dan teliti supaya kedua-dua kepingan kain felt itu bercantum.
Beginilah rupa jahitan insang pari yang hampir siap. Jangan habiskan
jahitan insang pari tersebut kerana kamu perlu letakkan fiber kedalam
badan burung tersebut.
Masukkan fiber ke dalam badan burung. Kemudian, sudahkan jahitan pada bahagian yang belum selesai dan matikan jahitan.
Ok..
Key Chain burung ni dah pun siap...
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment