Sunday, 9 September 2012

Merancang dan Menyediakan Jualan

Hai semua... 
Kali ni cikgu nak kongsikan mengenai tajuk 'Membuat Barang Jualan'. 

Pernahkah kamu menjual barangan? 
Adakah barang yang kamu jual itu kamu hasilkan sendiri? 
Haa..Apa jawapan kamu? 
Tepuk dada tanya selera ok! :) 

Baiklah. 
Sekarang Cikgu nak kongsikan dengan kamu tentang cara menghasilkan barang jualan. 
Dengar baik-baik ye? Oppsss silap..mana boleh dengar kan? haha..
Baca dan ingat baru betul kan? hehehe 

Perkara yang sangat penting semasa membuat rancangan jualan ialah mengenal pasti cara menghasilkan barang dan menentukan barang jualan. Sekiranya barang yang kita jual dapat menarik hati pembeli, jualan akan meningkat.


Cara Menghasilkan Barang Jualan

Baiklah.
Cara menghasilkan barang jualan yang akan dijual adalah melalui dua cara iaitu:
  • Menghasilkan sendiri barang jualan atau;
  • Mengubah suai barang yang sedia ada. 

MENGHASILKAN SENDIRI BARANG JUALAN


1. Menternak


Boleh ternak macam-macam haiwan seperti itik, ayam, burung dan arnab.
Telur ayam dan itik ni bolehlah digunakan untuk dijual.


2. Menganyam
Menganyam ni bukannya kerja senang. Memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi. Tetapi, jika bersungguh-sungguh, hasil anyaman ni boleh jadi sangat menarik dan cantik tau. Contoh barang jualan hasil daripada anyaman ialah bakul dan tikar.


3. Menanam

Hasil tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman hiasan juga boleh dijadikan sebagai barang jualan. Hasilnya nanti boleh dijual kepada orang ramai. Dalam Tajuk Pertanian kan dah belajar cara menanam pokok hiasan dan sayuran. Jadi apa tunggu lagi, aplikasikanlah kemahiran kamu itu. Boleh dapat untung tau..hehe


4. Memasak

Akhir sekali, kamu juga boleh menggunakan kemahiran kamu dalam masak-memasak untuk menghasilkan barang jualan. Nak jual apa sahaja pun boleh. Nasi goreng, mee goreng, kuih muih? Ishhh, tak kisahlah. Asalkan kamu masak sendiri.


MENGUBAH SUAI BARANG YANG SEDIA ADA


Barang jualan juga boleh dihasilkan dengan cara mengubah suai barang yang sedia ada. Contoh barang-barang tersebut ialah:


1. Barang yang kamu hasilkan sendiri.

Contohnya: 
Ikan

Kamu boleh hasilkan:
fishball atau bebola ikan..sedapnya kalau digoreng..


dan keropok lekor...wahhh, yang ni lagi sedap!



2. Barang Yang Diperoleh Daripada Pembekal

Contohnya:

Roti
kamu boleh hasilkan:

sandwich dan juga,

roti sardin gulung.



3. Barang Kitar Semula


Boleh diubahsuai kepada:

Beg Kertas yang diperbuat daripada akhbar lama ataupun majalah-majalah.

dan juga,

bekas letak pensel daripada botol-botol atau tin terpakai. 

Menarik kan?
Selamat Mencuba.






1 comment:

Chip Zainudin said...

Tq Tr. Yana. Blog KH Yana helps me a lot. (I 'm a mom of a 10 yrs old student)